JALINAN STRATEGIK MKN KEDAH BERSAMA SOIS,UUM

Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan satu fakulti yang tidak lagi asing dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pelbagai aktiviti dan program keselamatan yang berimpak tinggi sebelum ini pernah diadakan dengan melibatkan pelajar dan juga ahli akademik dari universiti ini.

Hari ini, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria bersama-sama pegawai dari MKN Kedah hadir dalam satu sesi perkongsian mengenai perkembangan isu-isu keselamatan setempat dan juga kolaborasi yang boleh dijana dalam mendepani ancaman-ancaman keselamatan dalam negara yang kini bukan lagi bersifat non-traditional. Umpama kata pepatah, hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

MKN Kedah turut mengambil peluang ini untuk berkongsi mengenai Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada Julai 2021 yang lalu.

Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Nazariah Osman, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Bakri Mat, dan juga Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid.

 

https://www.facebook.com/mknnegerikedah/

Artikel/Berita Terkini

PANTAI KLEBANG SEMAKIN ‘HIDUP’

Klebang – Sektor pelancongan di Klebang semakin rancak apabila pelbagai tarikan baharu telah dibangunkan di kawasan pesisir pantai. Ahli Dewan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

MONSUN BARAT DAYA

Monsun Barat Daya dijangka 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟎 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓. Sepanjang tempoh ini, 𝐭𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧 …
Maklumat Lanjut