PROJEK TAKUNGAN DI SUNGAI MUDA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUAN MAMPAN (Keselamatan Air)

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri membantah pelaksanaan projek Takungan Air Pinggiran Sungai di Sungai Muda sekiranya ia memberi kesan negatif kepada negeri Pulau Pinang.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mempertimbangkan beberapa tindakan termasuk membawa perkara tersebut ke mahkamah. Antara pilihan untuk memberhentikan pelaksanaan projek yang merugikan ini adalah termasuk mengemukakan bantahan rasmi kepada Kerajaan Persekutuan dan mengusulkan bantahan untuk dibahaskan di Parlimen.
Tegas Zairil, sebarang projek baharu yang ingin dilaksanakan di Sungai Muda, Kedah dan hulu muka sauk Lahar Tiang Pulau Pinang perlulah mematuhi undang-undang Negeri dan Persekutuan. Projek sedemikian tidak boleh memberikan kesan buruk atau menjejaskan perkhidmatan bekalan air kepada 1.78 juta penduduk di Pulau Pinang.

Krisis bekalan air di Pulau Pinang juga akan menyebabkan kerugian besar kepada semua perniagaan yang kini menyumbang sebanyak RM94.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2019.“Oleh itu, kita tegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak boleh menjalankan projek yang melibatkan Ulu Muda yang belum dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan.

 

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut