PROGRAM BICARA EKSEKUTIF KESELAMATAN NEGARA @TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 1 Jun 2022 – Satu program khas Bicara Eksekutif Keselamatan Negara 2022 telah diadakan di Wisma Darul Iman pada 31 Mei 2022 yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil mewakili Menteri Besar Terengganu. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) MKN, Tuan Zamri Misman, mewakili Datuk Haji Rodzi Bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, MKN.
.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada jemputan yang terdiri daripada pengarah/ketua jabatan di setiap jabatan/agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Malah, program ini juga turut dihadiri oleh agensi penguatkuasaan negeri serta pelajar dari Universiti Zainal Abidin (UNISZA).
.
Semasa ucapan perasmian, YBM Tengku Farok Hussin menyatakan bahawa semangat ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ ini perlu diterapkan kepada segenap lapisan masyarakat  terutamanya rakyat Terengganu supaya setiap warga Malaysia merasakan diri mereka berharga dan memainkan peranan melindungi negara Malaysia dalam menghadapi apa jua situasi yang mengancam keselamatan negara.
“Integrasi antara jentera Kerajaan dan kolaborasinya bersama rakyat adalah kunci bagi memastikan keselamatan Malaysia yang komprehensif, berkesinambungan dan mampan” selari dengan konsep baharu yang akan diterapkan dikalangan ,masyarakat iaitu konsep Community Based Security Management (CBSM).
.
YBM Tengku turut menyatakan bahawa bagi memastikan kesiapsiagaan yang berterusan, rakyat perlu mengekalkan tahap kesedaran keselamatan yang tinggi di samping terlibat dalam inisiatif keselamatan negara.
.
Dalam program tersebut, peserta didedahkan dengan 2 perkara utama berkaitan keselamatan negara iaitu penerangan mengenai Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 yang disampaikan oleh ENCIK SHAMRIL FAIZALIS BIN SHAMSUL BAHARI KETUA ESEKUTIF PUSAT STRATEGI KESELAMATAN NEGARA (NASTRAC),  dan juga mengenai Pengurusan PATI yang memegang kad UNHCR yang disampaikan oleh ENCIK TAJUL ARIFFIN BIN MUHAMMAD, PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN KRISIS DAN PERISIKAN NEGARA.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …