HOSPITAL BACHOK 80 PERATUS SIAP

 

BACHOK – Pembinaan Hospital Bachok di Jelawat mencapai 80.7 peratus kemajuan kerja sehingga 29 Mei 2022.
Baki pembinaan 20 peratus lagi yang membabitkan kos RM67.19 juta dijadualkan siap sepenuhnya pada 27 Oktober tahun depan sekali gus melengkapkan status Kelantan mempunyai satu hospital di setiap daerah.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jelawat YB Abdul Azziz Kadir berharap pembinaan hospital tersebut berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.
“Pembinaan Hospital Bachok amat penting bagi menampung keperluan penduduk tempatan dan manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat sekitar tanpa perlu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sebagai rekod, kerja pembinaan Hospital Bachok yang menelan kos RM141 juta telah dimulakan pada September 2016 dan sepatutnya siap pada Disember 2020, namun tergendala berikutan pandemik COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut