MANSUH AP LANGKAH BAIK STABILKAN HARGA MAKANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keselamatan Makanan)

Keputusan kerajaan untuk memansuhkan kelulusan kuota import (AP) bahan makanan berkuat kuasa serta-merta pada 18 Mei lalu adalah langkah tepat untuk menstabilkan harga makanan.

Menurut Profesor Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin, ketika ini dunia sebenarnya mengalami krisis kos makanan menyaksikan kenaikan harga bahan makanan, termasuk bijirin bagi ternakan, sekali gus menyebabkan harga makanan meningkat.

Berdasarkan maklumat daripada pemain industri, langkah yang diambil kerajaan itu mula menunjukkan kesan positif apabila dikatakan terdapat penurunan harga bekalan makanan di pasaran.

Menurut beliau lagi, Kerajaan ada dua pilihan polisi iaitu untuk menjaga pengeluar atau menjaga kebajikan pengguna. Untuk pemansuhan AP, harga akan turun, ini bermakna kerajaan menjaga kebajikan pengguna, selain bertepatan untuk membendung kadar inflasi negara yang meningkat.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan secara langsung, malam tadi yang turut menampilkan panel jemputan lain Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera turut menyifatkan pemansuhan AP itu tindakan berani kerajaan yang memberikan kelegaan khususnya kepada peniaga dan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan pada harga yang wajar.

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet bersetuju tidak mengenakan AP bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Sumber:

Bernama dan Berita Harian

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut