KELANTAN TANAM 4.2 JUTA POKOK PADA TAHUN 2021

 

Alhamdulillah, pada pagi saya bersama-sama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menjayakan Program Penanaman Pokok di Kampung Meranti, Pasir Mas sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Program Penghijauan Malaysia – Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini amat bertepatan sekali dengan iltizam Kerajaan Negeri Kelantan untuk menggerakkan inisiatif menangani dan mengurangkan kesan perubahan iklim. Kerajaan Negeri Kelantan mensasarkan sebanyak 15 juta pokok ditanam di seluruh Negeri Kelantan sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).
Pada tahun 2021, Kelantan berjaya menanam sebanyak 4.2 juta pokok. Jumlah tanaman ini merupakan tertinggi di semenanjung Malaysia dan ketiga tertinggi di Malaysia selepas Sarawak dan Sabah.
Jumlah pokok ini telah ditanam dengan pelbagai program melibatkan seluruh lapisan masyarakat yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, agensi-agensi awam, pihak-pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan dalam Negeri Kelantan serta orang perseorangan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut