RAKYAT TERUS DIBANTU MELALUI JUALAN PASAR RAKYAT KEL-AGRO

 

PASIR PUTEH – Kerajaan Negeri Kelantan komited membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan makanan dengan harga murah dengan inisiatif subsidi melalui Pasar Rakyat KELAGRO,
Program bersiri kelolaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) bersama agensi-agensi pertanian Kerajaan Negeri dan Pusat tersebut diadakan di tapak pasar malam Selising, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.
“Kita bersyukur masyarakat menyambut baik program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini dengan sambutan luar jangka apabila sekitar pukul 10.00 pagi sudah banyak barangan basah dan kering habis dijual,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising itu juga berkata, 500 ekor ayam segar yang dijual dengan harga RM7 sekilogram turut habis dijual dalam masa tidak sampai satu jam walaupun pembeli hanya terhad untuk membeli tidak lebih daripada dua ekor sahaja.
Program Pasar Rakyat KELAGRO beberapa siri sebelum ini diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-lV, Kota Baharu dan pada kali ini adalah siri pertama yang diadakan di peringkat DUN.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut