PROGRAM KERJAYA PENGAJAR PROFESIONAL BERTAULIAH PERSARA TENTERA

 

Kota Bahru – 26 Mei 2022 ; Perbincangan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Veteren Negeri Kelantan telah dilaksanakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Utama JPJ Kelantan. Intipati perbincangan berkisar tentang perlaksanaan program kerjaya pengajar profesional bertauliah untuk persara tentera.
Program ini bertujuan bagi memberi latihan kepada persara dan peluang pekerjaan selaras dengan hasrat JHEV memberi kemahiran kepada persara untuk menempuh alam persaraan kelak seiring dengan program peralihan Angkatan Tentera. Industri Institut Memandu banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada persara tentera untuk menjadi tenaga profesional di Institut Memandu.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd. Misuari Bin Abdullah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan, dihadiri YBrs. Mejar Tuan Syed Mohd Iffandi Bin Syed Jaafar Pengarah Hal Ehwal Veteren Negeri Kelantan/Terengganu dan wakil daripada Industri Institut Memandu Puan Zura Akmal Binti Mohamed. Hadir sama didalam perbincangan ini adalah pegawai Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Kelantan, pegawai JHEV Kelantan dan Akademi Memandu.
Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Institut Memandu dapat memberi peluang pekerjaan serta penjanaan ekonomi khususnya persara tentera.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut