PROGRAM KARNIVAL SANTAI RAKYAT KHAIRA UMMAH DAERAH TIMUR LAUT 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Pulau Pinang, 30 Mei 2022 – YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Santai Rakyat Khairat Ummah Daerah Timur Laut 2022 pada 28 Mei 2022 bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Program anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang ini membawa warga bandaraya untuk mengikuti program istimewa yang telah disusun atur sepanjang hari ini.


Para pengunjung telah dipertontonkan aksi-aksi hebat dari pasukan IPD Timur Laut Polis DiRaja Malaysia melalui persembahan T-Baton manakala Angkatan Tentera Malaysia melalui persembahan Tempur Tanpa Senjata.

YAB Ketua Menteri bersama dif-dif kehormat dibawa melawat ke kaunter (booth) dari pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta. Kaunter-kaunter (booth) ini dibuka untuk membolehkan warga bandaraya mendapatkan maklumat-maklumat terkini secara bersemuka. Turut mengambil bahagian pengusaha “foodtruck” yang menyajikan makanan dan minuman yang lazat.

 

Sumber:

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut