MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS ASAS LIGHT STRIKE FORCE PERINGKAT KONTINJEN KELANTAN SIRI 1/2022

 

Pengkalan Chepa, Kota Bharu, 25 Mei 2022 – Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Harun telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Asas Light Strike Force Peringkat Kontinjen Kelantan di Padang Kawad Batalion 8, Pasukan Gerakan AM (PGA) Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan.
Kursus asas Light Strike Force (LSF) Peringkat Kontinjen Kelantan telah bermula pada 15 Mei 2022 sehingga 25 Mei 2022 disertai oleh sebanyak 12 unit LSF terdiri daripada 10 Pegawai Kanan Polis dan 96 anggota daripada 10 Daerah dalam Kontinjen Kelantan dengan bimbingan tenaga pengajar daripada Pusat Latihan Pasukan Simpanan Persekutuan (PLPSP) Sungai Senam, Ipoh, Perak.
Majlis perasmian penutup kursus telah diserikan dengan demo dan gimik persembahan daripada peserta kursus LSF mempamerkan aksi dan teknik-teknik asas penugasan LSF dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya rusuhan dan kekecohan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutup kursus serta menyampaikan Sijil Penyertaan Kursus kepada semua peserta kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut