INDUSTRI IKAN AIR TAWAR BERPOTENSI JANA SOSIOEKONOMI RAKYAT

 

KOTA BHARU – Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan industri ikan air tawar berpotensi besar bagi menjana sosioekonomi rakyat terutamanya kepada penternak. Kerajaan Negeri sedia mempromosikan industri ikan air tawar ini ke pasaran yang lebih besar.
Hampir 1,100 penternak ikan air tawar di Kelantan yang secara tidak langsung dapat mengembangkan sektor akuakultur, jadi saya sarankan semua rakyat di Kelantan membeli dan memilih ikan air tawar dalam menu masakan harian kerana mempunyai khasiat yang sama dengan ikan laut.
Sehubungan itu, beliau berharap peruntukan RM975,000 daripada Kerajaan Negeri kepada Jabatan Perikanan Kelantan bagi menganjurkan program pembangunan untuk nelayan dan penternak berjaya dalam masa terdekat.
Program tersebut bertujuan mendedahkan seluruh masyarakat tentang jenis ternakan ikan air tawar di Kelantan dan produk berasaskan ikan air tawar. Sekali gus menggalakkan masyarakat untuk makan ikan air tawar.
Permintaan yang tinggi akan meningkatkan pengeluaran spesis ikan air tawar seterusnya membantu penjanaan pendapatan penternak dan pengusaha produk Industri Asas Tani berasaskan ikan air tawar.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut