SEMINAR PEMANTAPAN IBADAH PERBAIKI SOLATKU

JAWI LAKSANAKAN SEMINAR PEMANTAPAN IBADAH PERBAIKI SOLATKU DAN MAJLIS MAHABBAH AIDILFITRI 2022 BERSAMA MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 19 MEI 2022 –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama NGO Islam Mualaf Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Seminar Pemantapan Ibadah:Perbaiki Solatku di Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan solat dengan lebih terperinci kepada mualaf. Seminar tersebut telah dihadiri seramai 100 mualaf daripada pelbagai latar belakang pengislaman. Perkongsian ilmu berkaitan pemantapan solat telah diberikan oleh Tn.Hj Muhammad Nazeli bin Jaafar, Jawatankuasa Penasihat HIDAYAH CENTRE FOUNDATION Kuala Lumpur dan Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Dakwah PERKIM.

Seusai seminar ditangguhkan, pada sesi petang Majlis Mahabbah Aidilfitri 2022 turut dianjurkan sempena meraikan bulan Syawal yang masih ada. Majlis mahabbah mendapat kerjasama yang baik daripada NGO dan para pelajar mualaf yang telah membuka reruai(booth) jamuan hari raya untuk tetamu dan jemputan yang hadir. Program seminar dan majlis mahabbah Aidilfitri telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tn Hj Mohd Fadzil bin Abu Kasim, bersama Ustazah Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Dakwah JAWI bersama tetamu jemputan dan seluruh peserta mualaf yang hadir.

Semoga seminar ini dapat memantabkan ibadah para mualaf dan majlis mahabbah Aidilfitri memperkukuhkan tautan ukhuwah antara mualaf dan NGO serta JAWI.

Disediakan oleh,

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/JAWIWP

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut