PERSIDANGAN PERHUTANAN MALAYSIA (MFC) KE-19 BAKAL DIADAKAN DI KUANTAN, PAHANG

Persidangan Perhutanan Malaysia (MFC) merupakan satu platform bagi ahli persidangan untuk saling bertukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman berkaitan pentadbiran, pengurusan, perancangan serta pembangunan sektor perhutanan di Malaysia pada masa kini.

Penganjuran MFC dibuat secara penggiliran antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah) dan Jabatan Hutan Sarawak (JH Sarawak). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah dipilih menjadi menjadi tuan rumah bagi penganjuran MFC Ke-19 tahun 2022 dan Negeri Pahang Darul Makmur telah dipilih sebagai lokasi persidangan. MFC ke-19 akan diadakan pada 12 hingga 15 Jun 2022 bertempat di The Zenith Hotel Kuantan.

Tema Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 ialah ‘Adapting Forestry To New Reality’. Sebanyak 27 kertas kerja akan dibentangkan di bawah 6 sub-tema yang telah ditetapkan dan 3 kertas kerja utama pada persidangan kali ini iaitu:
1. Sub-tema 1: Forest Governance: Policy, Legislation, Enforcement and Certification
2. Sub-tema 2: Sustainable Forest Management: Technology, Innovation and Practices
3. Sub-tema 3: Forest Ecosystem Services: Food, Water, Energy and Climate Change
4. Sub-tema 4: Forest Biodiversity: Conservation, Restoration and Protection
5. Sub-tema 5: Forest Economy and Comodity: Forest Economic, Forest Plantation, Wood Based Industry and Non-Timber Forest Products

6. Sub-tema 6: Forest for Livelihood: Social Forestry, Ecotourism and CEPA (Communication, Education, Public Awareness)

Sumber: Laman FB Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut