MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA DAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR IPD DANG WANGI

KUALA LUMPUR, 25 MEI 2022 – YDH ACP Noor Dellhan bin Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama rombongan Kepimpinan dari IPD Dang Wangi telah menyampaikan Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan mangsa banjir bagi Penduduk Kampung Hujung Pasir Kampung Baharu Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama Supt Naazron bin Abdul Yusof, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis Balai serta YBhg. Tuan Muhammad Khushairi Bin Mat Lasar, Pengerusi Persatuan Gerakan Orang Biasa (PGOB). Ketibaan rombongan KPD Dang Wangi telah disambut mesra oleh YBhg Encik Hj. Ideris Bin Ahmad Buang, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Hujung Pasir.

Sumbangan berupa bakul makanan keperluan harian ini adalah hasil sumbangan daripada kerjasama antara pihak IPD Dang Wangi bersama Persatuan Gerakan Orang Biasa. Semua sumbangan ini telah diserahkan kepada 43 orang penduduk Kampung Hujung Pasir

YDH ACP Noor Dellhan bin Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama warga Polis Dang Wangi, amat menghargai usaha dan keprihatinan semua pihak yang menggembleng tenaga dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

SUMBER: FB POLIS DANG WANGI https://www.facebook.com/PolisDangWangi/

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut