PENGURUSAN KESELAMATAN NEGERI TERENGGANU MELALUI MESYUARAT JKKN

KUALA TERENGGANU, 25 MEI 2022 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah berjaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bilangan 1 Tahun 2022 yang telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu pada 23 Mei 2022 lalu.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan menyusun strategi dalam isu keselamatan di negeri yang bersandarkan kepada nilai teras didalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. Mesyuarat ini merupakan satu platform untuk setiap agensi merangka dan mendapat mandat dalam menguruskan pelbagai perkara berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam penduduk Terengganu.

YAB MB pada mesyuarat ini juga turut menyentuh pelbagai perkara berkaitan ancaman keselamatan. Diantaranya adalah seperti Ancaman Nelayan Asing, Pendatang Rohingya, Jenayah Berkaitan Dadah, Jenayah siber dan banyak lagi.  Semoga usaha semua pihak dalam memastikan Terengganu sentiasa aman, selamat dan tenteram akan dipermudahkan dan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak.

“Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

 

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut