JPJ SITA KENDERAAN KLON

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah kenderaan jenis Honda Stream yang dilihat mencurigakan di lokasi Jalan Dato Ismail, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan tersebut tiada lesen memandu, menggunakan kenderaan yang tidak didaftar, pamer nombor pendaftaran kenderaan lain, pamer Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan lain dan tiada perlindungan lnsuran.

Siasatan juga mendapati kenderaan tersebut dibeli secara sambung bayar. Kenderaan klon ini telah disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987.

Dalam pada itu, JPJ Pulau Pinang menasihati bakal-bakal pembeli kenderaan terpakai supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran harga murah dan memastikan kenderaan yang hendak dibeli telah menjalani pemeriksaan Puspakom sebelum proses tukar milik dilakukan.

Sumber:

Laman FB Rasmi JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut