AGM TAHUNAN PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA WP

Apabila pandemik COVID-19 tiba ke negara ini pada awal tahun 2020, ramai pihak mendapat kesan yang teruk hingga ada premis terpaksa gulung tikar. Antara yang terkesan adalah para kontraktor.

Dalam ciapan menerusi laman web rasminya, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Jalaluddin Alias menyatakan bahawa beliau berbangga dengan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia kerana ramai yang masih bertahan hingga negara melangkah masuk ke endemik. Beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, pihak kontraktor mengalami pelbagai kesempitan untuk meneruskan hidup. Namun beliau berharap agar mereka juga dapat mencari solusi dalam suasana Revolusi Industri 4.0 ini. Apapun syabas diucapkan kepada persatuan kerana terus mengekalkan kekuatan ukhuwah ini.

SUMBER: FB JALALUDDIN ALIASΒ https://www.facebook.com/jalaluddinaliasofficial

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut