JOM BERWAKAF

BERWAKAF SERENDAH RM1 KE TABUNG WAKAF MASJID HIJAU

Wakaf Masjid Hijau merupakan satu inisiatif bersama Yayasan Waqaf Malaysia, Kementerian Alam Sekitar Dan Air dan mgtc.my dalam mewujudkan sumber pendanaan bagi projek-projek pembangunan masjid-masjid di Malaysia yang berasaskan teknologi hijau serta menyebar luas kepentingan gaya hidup hijau terutamanya di kalangan ahli kariah masjid dan masyarakat setempat.

Sasaran kutipan Tabung Wakaf Masjid Hijau pada tahun ini adalah sebanyak RM1 juta yang dijangka bakal memanfaatkan lebih 6,000 masjid dan 18,000 surau di Malaysia. Sehingga 16 Mei 2022, kutipan terkini Wakaf Masjid Hijau adalah berjumlah RM113,135.19. Jom menyumbang sekarang! Bermula RM1 pun dah boleh wakaf.

Bagi tuan/puan yang ingin berwakaf di Tabung Wakaf Masjid Hijau, boleh klik salah satu link di bawah ini.

Sistem Wakaf Tunai Malaysia

>>https://www.ywm.gov.my/wakaf-online

ToyyibPay

>>https://toyyibpay.com/Tabung-Wakaf-Masjid-Hijau

Atau menyumbang secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank (????-??????-????)

Layari https://www.ywm.gov.my/tabung-wakaf-masjid-hijau untuk maklumat lanjut!

SUMBER: FB KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR   https://www.facebook.com/KementerianAlamSekitarDanAir

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …