YDH. Ketua Polis Kedah, CP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad dan juga Panglima 6 Briged Infantri Malaysia, Brig. Jen. Mohd Akib Haji Yusof hari ini mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Kedah Bil. 1 tahun 2022 bertempat di bilik mesyuarat, Ibu Pejabat Kontinjen Kedah.

Jawatankuasa yang dianggotai oleh agensi penguatkuasa antaranya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan Angkatan Tentera Laut yang diwakili oleh Markas Wilayah Laut 3 ini berperanan untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan gerakan keselamatan di peringkat negeri.

Turut hadir ialah Pengarah Keselamatan Negeri, Tuan Mohd Zawawi Zakaria.