YIK BERJAYA HASILKAN 4,496 HUFFAZ SEJAK 1996

 

KOTA BHARU – sejak tahun 1996 hingga 2021 Kelantan telah berjaya melahirkan 4,496 huffaz hasil didikan Maahad tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Demikian menurut Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yakob semasa berucap di Majlis Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Manghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 1443H, Rabu lalu.
Menurutnya, sebagai tanda sokongan untuk menyemarakkan lagi budaya pembelajaran dan penghayatan al-Quran kepada masyarakat, Kerajaan Negeri juga telah melantik dan memberi insentif elaun kepada 2,700 guru al-Quran di seluruh Kelantan yang dikendalikan di bawah Bahagian Dakwah dan Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
“Selain itu, pelaksanaan Dasar Pendidikan Rabbani (DPRK) yang dibuat juga mampu melonjakkan potensi pelajar khususnya pelajar tahfiz al-Quran dan sains dalam mengintegrasikan ilmu wahyu al-Quran dengan sains dan teknologi,” katanya.
Sebagai rekod, daripada jumlah 4,496 huffaz yang berjaya dilahirkan, 3,018 adalah hafiz dan 1,478 adalah hafizah. Manakala Sekolah Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pula mencatatkan rekod tertinggi yang berjaya melahirkan 1,475 huffaz sejak sekolah ini dibangunkan pada tahun 2008 sehingga 2021.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut