PROGRAM JOM DERMA DARAH@KBS NEGERI KELANTAN SIRI 2 TAHUN 2022 CAPAI SASARAN

 

Kelantan, 22 Mei 2022 – Program Jom Derma Darah @ KBS Negeri Kelantan Siri 2 Tahun 2022 telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 20 – 21 Mei 2022 , bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Mydin Hypermarket, Tunjong Kota Bharu.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Mydin ini bertujuan untuk membantu jumlah tabung darah hospital dan menggalakkan lebih ramai belia-belia khususnya untuk menderma darah. Program pada kali ini menyasarkan penderma seramai 100 orang dan alhamdulilah penderma yang hadir untuk menderma melebihi sasaran iaitu seramai 124 penderma.
Pihak Jabatan mengucapkam terima kasih kepada penderma- penderma darah yang hadir dan pihak- pihak yang membantu untuk membuat hebahan program.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut