MOBILE RECOVERY TREATMENT (MRT) AADK

Kementerian Dalam Negeri menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan perkhidmatan Mobile Recovery Treatment (MRT) di bawah Program Rawatan dan Pemulihan Dadah AADK pada 20 Mei 2022 yang lalu.

Program MRT AADK adalah perkhidmatan disediakan kepada kumpulan khusus yang mempunyai kekangan untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah di fasiliti AADK. Justeru, MRT AADK disediakan di luar premis AADK danakan dilaksanakan oleh Pasukan MRT AADK di 14 buah pejabat AADK Negeri di seluruh negara.

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Mobile Recovery Treatment Di Bawah Program Rawatan dan Pemulihan Penagihan Dadah (MRT AADK) telah dilaksanakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin di Ibu Pejabat AADK, Kajang, Selangor.

SUMBER: FB AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN MALAYSIAΒ https://www.facebook.com/aadkmalaysia

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut