KELANTAN SEKALI LAGI BAKAL JADI TUMPUAN MUSIM CUTI SEKOLAH

 

TANAH MERAH – Kelantan sekali lagi bakal mengalami kesesakan luar biasa apabila dijangka menjadi tumpuan 300,000 hingga 400,000 pelancong domestik yang akan bercuti di negeri ini pada musim cuti persekolahan bulan depan.

Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, perkara tersebut menjadi kebiasaan bagi negeri Kelantan yang menjadi antara destinasi pilihan pelancong dalam fasa peralihan endemik.

Katanya, setakat ini, industri pelancongan di negeri tersebut mencapai pemulihan sebanyak 65 peratus selepas dua tahun mengharungi ancaman pandemik Covid-19.

“Kebiasaan pada musim cuti sekolah, Kelantan akan mengalami kesesakan dengan dianggarkan 300,000 sehingga 400,000 kenderaan pelancong akan masuk ke negeri ini.

“Selepas cuti panjang perayaan Aidilfitri baru-baru ini, bulan depan sekali lagi cuti panjang penggal pertama persekolahan yang akan menjadi lonjakan kepada pelancongan domestik di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pembukaan Kemudi Timur cawangan ke-20 di Batu 8, Batang Merbau, di sini, pada Ahad.

“Rakyat bagaimanapun diingatkan supaya terus mengamalkan kebersihan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 semasa musim cuti sekolah bagi mengelak penularan penyakit.

“Sekiranya keadaan semasa seperti ini dapat dikekalkan, kerajaan negeri menjangkakan ekonomi Kelantan akan pulih sepenuhnya pada hujung tahun ini,” ujarnya.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut