BERWAKAF SERENDAH RM1 KE TABUNG WAKAF MASJID HIJAU

KUALA LUMPUR, 21 MEI 2022 – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)  telah melancarkan Kempen Wakaf Masjid Hijau : RM1 Ke Arah Melestarikan Alam Sekitar dan penyerahan Kit Rumah Ibadat Hijau di Masjid Zaid Bin Harithsah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mensasarkan sebanyak RM1 juta sumbangan orang ramai menerusi Kempen Wakaf Masjid Hijau : RM1 Ke Arah Melestarikan Alam Sekitar pada tahun ini. Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, bagi usaha itu pihaknya turut mengalakkan penglibatan dan sumbangan syarikat swasta melalui program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Jelasnya, masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi dapat membangun dan memberikan pendidikan kepada masyarakat..Kajian oleh Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) terhadap beberapa masjid contoh dilihat dapat mengurang dan menjimatkan kos pengoperasian masjid terlibat. Tambahnya, penyerahan kit Rumah Ibadat Hijau itu melibatkan lapan rumah ibadat angkat KASA dan agensi di bawahnya.

Ia sebagai sedikit sumbangan dan permulaan kepada rumah ibadat terpilih bagi pelaksanaan aktiviti dan program berkaitan teknologi dan amalan hijau disamping membudayakan amalan tersebut di kalangan masyarakat setempat.

SUMBER: FB KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR  https://www.facebook.com/KementerianAlamSekitarDanAir

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut