BAKTI PERANTAU ANAK KELANTAN DI SABAH DIHARGAI

 

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata anak-anak Kelantan yang merantau ke Malaysia Timur memainkan peranan penting dengan menabur bakti dalam pelbagai lapangan yang mereka ceburi.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) atas kejayaan menganjurkan program Majlis Mesra Aidilfitri bersama Anak Kelantan di Perantauan bagi Zon Sabah, Sabtu lalu.
“Terima kasih kepada pihak penganjur, para tetamu yang datang dari jauh dan dekat untuk memeriahkan majlis ini. Peranan, jasa bakti anak-anak Kelantan di Sabah memang besar dan amatlah kita hargai.
Majlis yang diadakan pada Sabtu, 20 Syawal 1443H bersamaan 21 Mei 2022 bermula pukul 12.00 tengah hari di Kompleks Lembaga Koko Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Jalan Apas, Tawau itu mendapat sambutan meriah daripada anak-anak Kelantan yang bekerja dan menuntut ilmu di seluruh Negeri Di bawah Bayu.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut