OPS SAPU JPJ NEGERI KELANTAN

 

KOTA BHARU , 19 Mei 2022
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan memandang serius aktiviti kereta sapu yang masih yang berleluasa walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan telah diambil sebelum ini.
Kebelakangan ini juga kita dapat lihat video yang viral mengenai kekecohan yang berlaku di Terminal Bas Lembah Sireh berkaitan dengan aktiviti kereta sapu yang dijalan kan secara terbuka serta agresif dalam merebut penumpang.
Bagi tujuan mengekang aktiviti kereta sapu maka JPJ Kelantan telah mengadakan Ops Sapu pada 19 Mei 2022 bermula jam 3.00 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi dengan menggunakan pendekatan secara penyamaran sebagai penumpang bas yang turun di Lembah Sireh.
Hasil operasi sebanyak 4 notis saman berjaya dikeluarkan atas kesalahan salah guna lesen kereta motor di bawah Seksyen 23 (2), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang apabila disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM1000.00 dan tidak lebih dari RM10.000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua duanya manakala 1 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang apabila disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM300.00 dan tidak lebih dari RM2000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua duanya sekali.
JPJ Kelantan turut menyita 4 buah kenderaan persendirian yang digunakan sebagai kereta sapu iaitu sebuah Proton Iswara, sebuah Proton Pesona, sebuah Perodua Bezza dan sebuah Toyota Avanza dibawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut