KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH MACHANG KELANTAN

 

IPD Machang, 21 Mei 2022 – Sambutan Syawal masih berterusan dan dapat dirasai apabila sambutan Hari Raya Aidillfitri turut diraikan di Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, Kelantan di Dewan Exora, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, Kelantan.
Kemeriahan dan keseronokan berhari raya jelas kelihatan diwajah warga kerja IPD Machang apabila segala persiapan dan juadah Hari Raya disediakan untuk menyambut kehadiran Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Harun dan isteri Datin Suzana binti Yashin Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan serta para tetamu jemputan.
Di kesempatan yang ada Pemangku Ketua Polis Kelantan bersama isteri menyantuni warga kerja IPD Machang dengan melawat gerai-gerai serta juadah Hari Raya yang disediakan disetiap gerai. Sebanyak lapan gerai disediakan, Bahagian Logistik Dan Teknologi telah dipilih sebagai pemenang gerai paling tercantik.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut