CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN OLEH JBPM KL

KUALA LUMPUR – Slot ceramah langkah-langkah keselamatan kebakaran yg disampaikan oleh PKPgB Mohamad bin Shahidan drp Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam JBPM Kuala Lumpur bertempat di Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILKKL) pada 14 Mei 2022 yang lalu.

Program ceramah ini dihadiri oleh seramai 37 orang pendidik taska (lantikan baru) yang sedang mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.

Selain daripada program ceramah, peserta juga didedahkan dengan latihan menggunakan Alat Pemadam Api untuk persediaan awal menangani kebakaran di peringkat awal.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pegawai-pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah yang turut sama membantu dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta.

 

SUMBER: FB KESELAMATAN KEBAKARAN BOMBA KL 

https://www.facebook.com/profile.php?id=100070714364322

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut