SITUASI SEMASA COVID-19 DI PUTRAJAYA (8 Mei 2022 – 14 Mei 2022) – ME 19/2022
Sebanyak 439 kes COVID-19 dilaporkan pada minggu ke-19/2022, meningkat 301 kes (237.7%) berbanding 130 kes pada minggu sebelumnya. 74.7% adalah daripada saringan bergejala. Peningkatan kes di Putrajaya adalah selari dengan peningkatan kes di seluruh negara setelah seminggu umat Islam menyambut Hari Raya.
Kesemua 439 kes pada minggu ke-19/2022 adalah tidak bergejala atau bergejala ringan (kategori 1 dan 2). Sebanyak 26 kematian dilaporkan di mana dua(2) kematian berlaku pada tahun 2022. Sementara itu, sebanyak 2 kluster COVID-19 yang masih aktif dan melibatkan 89 kes.
Bagi pencapaian vaksinasi COVID-19 di Putrajaya sehingga akhir minggu ke-19/2022 pula, peratus pemberian dos penggalak di kalangan dewasa (18+ tahun) adalah sebanyak 94.6% dan yang telah lengkap vaksinasi adalah 118.2%. Pemberian vaksin kepada golongan remaja (12-17 tahun) dan kanak-kanak (5-11 tahun) pula telah mencapai masing-masing 99.1% dan 54.8%. PKPj juga telah memulakan pemberian dos kedua kepada kanak-kanak (5-11 tahun) dengan pencapaian 34.6% (9,217).
Terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat); Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Lakukan penilaian kendiri sebelum pergi ke tempat-tempat yang hendak dilawati. Segera dapatkan vaksin primer dan penggalak COVID-19 dan teruskan amalan TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek help), segera jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.
Tarikh akhir bagi pemberian dos pertama kepada kanak-kanak (5-11 tahun) di PPV fasiliti kesihatan telah dilanjutkan sehingga 31 Mei 2022 ini. Ambillah peluang ini dan segera bawa anak ke PPV terpilih tempoh berkenaan berakhir untuk melindungi mereka daripada mendapat gejala yang teruk dan kemasukan ke hospital.
SUMBER:
Dr. Zainal Abidin Abu Bakar https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain
Pegawai Kesihatan WP Putrajaya
17 Mei 2022