PDRM PULAU PINANG BONGKAR SINDIKET BUNGKUS DADAH JADI BATANG KRAYON, POS KE LUAR NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Georgetown: Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya membongkar kegiatan pembungkusan semula dadah syabu dan ketamin bernilai RM48,636 menerusi dua serbuan di sekitar daerah ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan pertama pada 11.40 malam menemukan tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah ketamin seberat 2.82 gram. Kemudiannya dengan dipandu arah suspek, serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah sewa di kawasan Lebuh Sungai Pinang dan merampas 1.018 kilogram dadah disyaki syabu dan tiga paket dadah seberat 77 gram disyaki ketamin serta alat pembungkusan dadah.

Nilai keseluruhan dadah dirampas dan sitaan harta ialah RM82,636 manakala keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 5,250 penagih dadah.
Mengulas lanjut Soffian berkata, didapati sindiket itu sudah bergiat aktif sejak pertengahan 2021 bagi pasaran luar negara.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah. Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut