KERAJAAN AMBIL LANGKAH KURANGKAN KESAN KRISIS BEKALAN MAKANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Bukit Mertajam, 18 Mei 2022: Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika hadir ke majlis perasmian Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan syarikat peneraju Pulau Pinang di Permatang Nibong pada 17 Mei 2022 turut memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil langkah dan tindakan untuk mengurangkan kesan yang dihadapi rakyat, susulan krisis bekalan makanan terhadap beberapa produk pertanian yang mengalami kenaikan harga pada ketika ini.

Beliau turut berkata, konflik bekalan makanan bukan sahaja dirasai Malaysia sahaja, bahkan ia membabitkan semua negara di seluruh dunia disebabkan peningkatan kos pengangkutan termasuk pengeluaran. Bagaimanapun, katanya, kerajaan sensitif dan sentiasa maklum akan kesan yang dialami rakyat di negara ini apabila mengambil tindakan serta langkah segera supaya memastikan bekalan makanan terjamin.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut