INDIA HENTI EKSPORT GANDUM – BEKALAN NEGARA MASIH TERKAWAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

India sebagai negara pengeluar gandum kedua terbesar di dunia selepas Ukraine mengumumkan bahawa eksport gandum dihentikan serta merta (kecuali membabitkan surat kredit atau negara yang berusaha memenuhi keperluan makanan mereka) berikutan gelombang haba akibat cuaca panas terik yang menjejaskan hasil tanaman serta harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

Berikutan pengumuman tersebut, pembekal dan pengguna mula meramalkan peningkatan harga bijirin secara mendadak. Walaupun Malaysia tidak mengimport gandum secara terus dari India tetapi dikhuatiri negara pengeluar lain juga berkemungkinan menaikkan harga bijirin ekoran kekurangan bekalan global.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Yunus Tasim melalui myMetro (16 Mei 2022) menyatakan bahawa tindakan India yang menyekat eksport gandum dijangka tidak akan menjejaskan bekalan untuk kegunaan am di Malaysia berikutan 80 peratus bijirin diimport dari Australia selain Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Bagaimanapun KPDNHEP tidak memandang ringan perkara berkenaan sebaliknya mengambil beberapa langkah, antaranya meneruskan aktiviti pemantauan dengan bantuan 2,200 penguat kuasa di seluruh negara bagi memastikan bekalan bagi dua kategori tepung iaitu bersubsidi dan tidak bersubsidi mencukupi di pasaran.

Sumber diolah dari :
i. Astro Awani (14 Mei 2022) – India henti eksport gandum berkuat kuasa serta merta
ii. Berita Harian (14 Mei 2022) – India larang eksport gandum kuat kuasa serta-merta
iii. myMetro (16 Mei 2022) – Tindakan India tidak jejaskan bekalan gandum negara

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut