SUSULAN KEJADIAN TETAK DI KAWASAN AWAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Polis sudah mengenal pasti identiti lima suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit kes seorang lelaki maut ditetak dalam pergaduhan berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata semua lima suspek terbabit dipercayai mengenali mangsa. Gerakan menjejaki mereka kini giat dijalankan. Beliau turut memaklumkan, laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah akibat ditikam, dikelar dan ditetak seluruh badan.

Orang awam yang menyaksikan kejadian dimohon untuk tampil membantu siasatan dengan terus menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut