RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pada 15 Mei 2022, satu rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan IKS Jelutong, mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial telah dijalankan di sekitar Jalan Makloom, Jalan Patani, Jalan Veterinari, Bayan Baru, Sungai Tiram, Bayan Lepas, Bukit Belah, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul, Balik Pulau, Paya Terubong, Relau, Ayer Itam, Dato’ Keramat, Stadium Bandaraya, Tapak Pelupusan Sampah MBPP Jelutong, Gelugor dan Pantai Jerejak, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

 

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

 

Sumber:

Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut