OPS KHAS CERMIN GELAP DAN NOMBOR PENDAFTARAN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI DIBENARKAN OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BUTTERWORTH, 17 MEI 2022 – Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah menguatkuasakan Ops Khas Cermin Gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan terhadap kenderaan persendirian secara berfokus di sekitar Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang pada 15 Mei 2022.

Penguatkuasaan ini memberi tumpuan kepada kenderaan persendirian yang memakai cermin gelap tanpa kebenaran dan memasang cermin gelap melebihi had kadar peraturan ketelusan cahaya (VLT) seperti yang dibenarkan iaitu 70% ketelusan cahaya untuk cermin hadapan dan 50% ketelusan cahaya untuk cermin sisi hadapan kiri dan kanan pemandu.

Bagi nombor pendaftaran kenderaan hendaklah dipamer mengikut saiz dibenarkan serta tidak menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan ‘extreme’ yang boleh mengelirukan dan menyukar tugas penguatkuasaan.

Pemandu dan pemilik kenderaan persendirian adalah dinasihatkan supaya mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaran seperti yang dibenarkan bagi mengelak dari dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut