JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS JALANKAN RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN PERINDUSTRIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 pada 16 Mei 2022 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cawangan Bayan Lepas. Hasil pemantauan mendapati mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial telah dijalankan di sekitar Batu Maung, Permatang Damar Laut, Kampung Binjai, Kampung Seronok, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul, Balik Pulau, Jalan Baru, Sg. Rusa, Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, Bagan Jermal, Gurney Drive, Georgetown, Pengkalan Weld, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, Jelutong, Gelugor, Batu Uban, Sg. Nibong, Bayan Baru dan Bayan Lepas, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Sumber:

Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut