PENYAKIT HFMD MENINGKAT 723 PERATUS DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 15 Mei 2022 – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu(JKNT)merekodkan sebanyak 782 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari awal Januari sehinga 7 Mei 2022. Pengara JKNT, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kes berkenaan melibatkan 19 wabak HFMD yang berlaku di lima daerah iaitu Kuala Terengganu (lima), Setiu (lima), Hulu Terengganu (tiga), Marang(tiga), Besut (dua) dan Kemaman sebanyak satu kes.

Berdasarkan statistik, HFMD di negeri ini meningkat sebanyak 732.2 peratus jika dibandingkan pada tahun lepas dengan hanya 95 kes. Pihak JKNT nenaklumkan bahawa keadaan masih terkawal dan sehingga kini tidak ada di taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) yang ditutup.

JKNT turut menasihati ibubapa agar anak-anak yang dijangkiti HFMD tidak boleh hadir ke taska atau tadika dan sebaliknya boleh hadir seperti biasa kerana majoriti wabak ini menjangkiti kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah.. Mereka ini perlulah dikuarantin dirumah dan mendapatkan rawatan serta penjagaan yang rapi. Oleh sebab itu bagi mengelakkan penularan wabak ini,  kerjasama daripada dua pihak iaitu taska atau taska serta ibu bapa amatlah diharapkan.

Orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil disekolah mahupun di pusat asuhan diminta sentiasa peka terhadap jangkitan HFMD dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah yang telah disarankan oleh pihak kesihatan.

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

 

Kenali HFMD dan ikuti langkah-langkah berikut:

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut