JPJ SITA VAN PERSENDIRIAN BAWA MURID SEKOLAH TANPA PERMIT

   

NEGERI SEMBILAN, 12 Mei 2022 – Pasukan penguatkuasa JPJ Cawangan Jempol telah menyita sebuah van persendirian yang menjalankan perkhidmpatan membawa murid sekolah tanpa permit yang sah.

Kenderaan ini dikesan semasa pasukan penguatkuasa ini sedang membuat rondaan sekitar Jalan Bahau – Rompin. Setelah pemeriksaan dilakukan, seramai 16 orang murid sekolah yang berumur antara 7 hingga 12 tahun berada dalam van tersebut.

Pemandu van yang mengangkut pelajar sekolah sekitar Bahau ini telah dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan salahguna Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit mengikut Seksyen yang sama. Kenderaannya juga turut disita bagi mengelak daripada melakukan kesalahan berterusan.

JPJ akan membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan setiap kenderaan yang digunakan sebagai bas sekolah hendaklah dilesenkan secara sah dan mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Ibu bapa juga dinasihatkan agar memainkan peranan masing-masing dengan mendapatkan perkhidmatan bas sekolah yang mempunyai permit yang sah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah supaya keselamatan mereka lebih terjamin.

Sumber : FB JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut