CUCI KL 12 MEI 2022

KUALA LUMPUR, 12 MEI 2022 – Program Cuci KL diteruskan lagi i yang berfokus kepada kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Chow Kit), Lorong Haji Taib, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Jalan Raja Bot, Jalan Putra dan beberapa kawasan sekitar.

Program kali ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Turut bersama bagi menjayakan program ini adalah Kementerian Wilayah Persekutuan, pengurusan tertinggi DBKL, kakitangan jabatan dalaman DBKL, Alam Flora, SWCorp, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Persatuan Penjaja Melayu, Sukarelawan DBKL, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Skuad Sayang, dan Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program Cuci KL ini merupakan salah satu daripada 14 tindakan yang terdapat didalam Pelan Tebatan Banjir Kilat Kuala Lumpur 2022. DBKL menyeru kepada semua warga kota untuk bersama-sama untuk menjaga kebersihan Kuala Lumpur agar bandar raya kita ini kekal bersih dan indah.

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut