TRANSFORMASI KOMUNITI LANGKAH BANGUNKAN JOHOL

   

KUALA PILAH, 11 Mei – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara pihak Undang Luak Johol dan Yayasan Undang Johol dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung di Balai Undang Johol.

Perjanjian ini sebagai salah satu usaha mentransformasikan puluhan ribu hektar tanah adat terbiar di wilayah Johol bersama UKM melalui ilmu dan kepakaran penyelidik-penyelidik dari pelbagai Fakulti menerusi Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UKM).

Menurut Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah, sekiranya usaha murni ini dapat diterjemahkan kepada realiti, ia dapat membantu memberi pulangan ekonomi dan menambah pendapatan keluarga. Khususnya bagi golongan sasar B40 supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan serta membuka peluang pekerjaan kepada seluruh masyarakat di sini.

“Besarlah harapan saya melalui kerjasama dengan UKM kali ini dapat menghasilkan inovasi baharu dalam membangunkan tanah tanah adat yang telah lama terbiar. Ia bukan sahaja boleh menjadi punca pendapatan baharu kepada penduduk, malahan akan menarik minat pelabur untuk datang ke luak ini, seterusnya mengurangkan penghijrahan penduduk ke bandar,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan.

Sumber : Malaysia Aktif

Artikel/Berita Terkini

LARANGAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM DIKUAT KUASA DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam berserta kompaun serta-merta, dengan denda hingga RM2,000 bagi individu yang …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS DAN KAJIAN SEMULA DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

Pada 26 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Damai Event Hall, Seremban, telah berlangsung Sesi Libat Urus & Kajian Semula …
Maklumat Lanjut

𝗦𝗜𝗠𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗘𝗠𝗢𝗡𝗦𝗧𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗦𝗔𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥

𝟮𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱: Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan, Tuan Roslin Hisham bin Abd Hamid, hadir menyaksikan Simulasi …
Maklumat Lanjut