OPERASI KHAS BUNYI BISING MOTOSIKAL SEMPENA AIDILFITRI 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada Selasa malam, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menyertai operasi khas bunyi bising motosikal sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama beberapa agensi penguatkuasaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

Operasi di sekitar kawasan Butterworth itu melibatkan ratusan motosikal pelbagai kategori disaring dan diperiksa.  Sebanyak 34 buah motosikal menjalani ujian meter dan daripada jumlah tersebut, 17 kompaun dikeluarkan atas kesalahan gagal mematuhi had pelepasan maksimum bunyi bising yang dibenarkan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.

Para pemilik motosikal diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi mengelak kompaun oleh pihak berkuasa.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut