TERLUPA MEMBAHARUI LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) DAN LESEN MEMANDU ANTARA ALASAN YANG SERING DIGUNAKAN PESALAH JALAN RAYA KETIKA DI TAHAN

 

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan telah mengadakan Ops Khas Motosikal sempena Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya Aidilfitri (OPS HRA) 2022 secara bersepadu bersama lain-lain agensi di Jalan Bypass Pasir Hor – Kubang Kerian (di kedua-dua arah).
Operasi yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa, Tuan Mohd Firdaus bin Shamsuddin ini melibatkan sejumlah 73 orang anggota penguatkuasa pelbagai jabatan iaitu JPJ (45 orang), AADK (5 orang),Imigresen ( 10 orang), PDRM (8 orang) dan Jabatan Pendaftaran Negara ( 5 orang).
Operasi yang dijalankan ini merupakan usaha berterusan JPJ untuk meningkatkan kesedaran kepada penunggang dan pembonceng motosikal tentang pentingnya mematuhi peraturan jalan raya.
Sebanyak 403 kenderaan telah diperiksa dan 232 daripadanya diambil tindakan. Sebanyak 238 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan kesalahan teknikal. Lain-lain agensi turut mengesan pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen perjalanan yang sah bagi Imigresen ( 2 tangkapan ), 64 Notis saman telah dikeluarkan oleh PDRM, 11 saringan Ujian Air Kencing oleh AADK (tiada kes positif) dan tiada kesalahan dikesan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Operasi yang bermula jam 6.00 petang ini tamat pada jam 12.00 malam.
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut