PASAR TOK KENALI DIJANGKA SIAP JULAI HADAPAN

 

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, Pasar Tok Kenali yang dulunya dikenali sebagai Pasar Binjai dijangka siap sepenuhnya pada Julai hadapan.
Menurutnya, pasar tersebut akan menjadi pusat aktiviti masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit di samping dapat memperkasakan lagi sosio ekonomi penduduk tempatan dalam usaha menempuh fasa endemik COVID-19.
“Alhamdulillah apabila siap, pasar ini nanti insya Allah dapat memberi keselesaan kepada peniaga serta orang ramai berjual beli keperluan harian.
Pasar ini sememangnya sudah dinanti-nantikan oleh penduduk Kubang Kerian khususnya penduduk di Dun Demit”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Demit di perkarangan Pasar Tok Kenali, Cabang Binjai, semalam.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut