MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS KESELAMATAN NEGERI (JKKN) PULAU PINANG – PENGURUSAN PANDEMIK COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang Bil. 3/2022 – Pengurusan Pandemik COVID-19 telah diadakan pada 10 Mei 2022 jam 9.30 pagi. Mesyuarat ini telah diadakan secara hibrid sebagai salah satu usaha untuk terus mengekang penularan wabak COVID-19.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam pada itu mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli mesyuarat yang menyambut perayaan tersebut. Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan dalam keghairan kita menyambut perayaan Aidilfitri secara meriah pada tahun ini, SOP yang telah ditetapkan harus terus diamalkan sebagai salah satu usaha berterusan untuk memerangi wabak COVID-19.

 

Mesyuarat kali ini merangkumi perbincangan berhubung pelaporan semasa COVID-19 selain gerak kerja semasa Program Imunisasi COVID-19 melibatkan pemberian dos penggalak dan vaksinasi kanak-kanak. Turut dibincangkan adalah gerak kerja Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang. Turut dibincangkan dalam mesyarat kali ini adalah hala tuju dan gerak kerja keselamatan negeri Pulau Pinang dalam Fasa Peralihan Pandemik ini.

Kerajaan Negeri juga terus kekal komited untuk memberikan kerjasama untuk terus memerangi wabak COVID-19 bersama-sama agensi Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga akan terus memantau dan membuat penilaian risiko dari semasa ke semasa demi keselamatan serta kepentingan awam dan akan terus menggalakkan semua untuk terus patuh akan SOP yang telah ditetapkan.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut