EXPO 2020 DUBAI PLATFORM TERBAIK TINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI AGRIKOMODITI MAMPAN MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Expo 2020 Dubai adalah tepat pada masanya dan sesuai untuk Malaysia mempromosikan industri minyak sawitnya dan menekankan kepentingan agrikomoditi itu kepada komuniti global, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Ravi Muthayah. Beliau berkata konsep agrikomoditi mampan menyediakan platform kukuh bagi Malaysia mengembangkan pasaran global untuk eksport minyak sawit. Sebagai penaja utama platinum Pavilion Malaysia pada acara global selama enam bulan yang berakhir pada 31 Mac 2022, KPPK mempunyai kawasan pameran interaktif kekal yang mempamerkan agrikomoditi mampan Malaysia seperti minyak sawit, getah, lada, koko, kayu, kenaf dan gaharu.

Mengenai sama ada program yang diterajui KPPK pada ekspo itu telah mencapai hasil dalam meningkatkan jualan minyak sawit, Ravi berkata pada 2021, Malaysia mengeksport 134,772 tan minyak sawit ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), meningkat sebanyak 31.93 peratus berbanding 2020 sebanyak 102,158 tan. Ravi berkata negara-negara seperti Turki, Iran dan UAE menyumbang 84 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia ke rantau Timur Tengah. Tambah beliau sebagai hab utama di Timur Tengah, UAE sentiasa menjadi destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import kedua terbesar di rantau itu, menjadi pintu masuk Malaysia untuk menembusi pasaran baharu di rantau yang lebih luas.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …