KUALA LUMPUR, 9 MEI 2022 – Lawatan Kerja daripada Pasukan Audit Kertas Siasatan Dan Kadar Pertuduhan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang diketuai oleh Supt. Iskarnor bin Abd Karim- Pengurusan Kualiti Dan Akriditasi (D10) dan ASP N.Samneswaran A/L Nahaswaran telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Ashari Bin Abu Samah dan Timbalan KPD Wangsa Maju, DSP Saralathan A/L Duraisamy di Pejabat Ketua Polis Daerah Wangsa Maju. Selain itu, Pasukan Audit Kertas Siasatan yang terdiri daripada 3 Pegawai Kanan Polis turut hadir bagi melancarkan pemeriksaan audit.
Tujuan audit ini diadakan adalah untuk mengesahkan data dan pencapaian yang dikemukakakan adalah telus dan bagi memastikan arahan-arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini dipatuhi sepenuhnya. Pemeriksaan Audit selesai dengan jayanya.
SUMBER: FB IIPD WANGSA MAJU https://www.facebook.com/ipdwm