ECRL : EMPAT NEGERI DIHUBUNGKAN DENGAN SATU LALUAN

 

Kira-kira empat tahun lagi, penduduk di Pantai Timur termasuk di Kelantan bakal memiliki pengangkutan awam berkelas dunia apabila Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka siap pada Dis 2026.
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer (km) merangkumi pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang & Selangor.
Pengurus Pembinaan Wilayah Malaysia Rail Link (MRL) Seksyen 1, 2 & 3 Wan Adnan Wan Mat berkata ketika ini kerja-kerja pembinaan projek ECRL di Kelantan mencapai kemajuan infrastruktur sebanyak 21.58 peratus setakat Mac lepas.
Kini kerja pembinaan tiang-tiang ECRL Kelantan sedang giat dijalankan di Kampung Padang Lengkuas, Padang Pisang.
Pekerja-pekerja kontrak juga terus-terusan melakukan kerja penyediaan bahan untuk pembinaan tiang ECRL Kelantan di Base Camps Tunjong, Kota Bharu Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …