DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Sambutan perayaan Aidilfitri kali ini diraikan dengan meriah oleh masyarakat Islam di negara ini apatah lagi kepada warga kota yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman setelah dua tahun terbelenggu akibat penularan pandemik COVID-19.
Sinar Harian bertarikh 9 Mei 2022 melaporkan bahawa lebih empat juta kenderaan memenuhi lebuh raya utama ketika sambutan hari raya tahun ini. Di sebalik kemeriahan tersebut, difahamkan jumlah saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa turut menunjukkan peningkatan luar biasa.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA).
Sumber : Sinar Harian