RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pasukan rondaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi fokus kepada beberapa kawasan yang sering diadu berlaku aktiviti pembakaran berhampiran Skyridge Garden, Tanjung Tokong dan Lengkok Minden, Gelugor, Pulau Pinang pada 8 Mei 2022 yang lepas. Beberapa kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka diletak tanda amaran di kawasan yang mudah untuk dilihat oleh orang awam. Edaran pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berdekatan. Pemantauan berterusan dari semasa ke semasa akan dijalankan di kawasan-kawasan yang sering diadu.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial telah dijalankan di sekitar Sungai Dua, Batu Uban, USM, Gelugor, Jelutong, Kampung Masjid, KOMTAR, Georgetown, Gurney Drive, Tanjung Tokong, Bukit Bendera, Ayer Itam, Relau dan Bayan Lepas, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut