GUNAKAN TELEFON KECEMASAN DI LEBUH RAYA

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau mengalami kecemasan semasa perjalanan, PLUS telah menyediakan telefon kecemasan pada setiap 2 kilometer di sepanjang lebuh raya.

Anda hanya perlu tekan butang dan menunggu arahan sebelum dihubungkan secara automatik kepada Pusat Pemantauan Trafik PLUS yang beroperasi 24 jam.

Selain menggunakan telefon kecemasan, anda juga boleh menghubungi PLUS sama ada melalui Aplikasi PLUS, talian PLUSline di 1800-88-0000 atau PUTRI Chatbot untuk mendapatkan bantuan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda sekiranya menghadapi kecemasan atau kerosakan kenderaan di sepanjang lebuh raya.

 

SUMBER: FB PLUS MALAYSIAΒ https://www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut